Isnin, 18 Ogos 2014

Kolam Memancing Udang Galah, Kg. Kerawang, 16600 Pulai Chondong, Machang Kelantan Darul Naim.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Datang Ke Blog Kami.

Memancing Udang lagi!! Maklum lah, activiti 'beriadah' disamping cari stok udang buat masak. Kalau dulu pergi memancing udang galah kat sungai, kena sewa bot tapi sekarang kami menyediakan kolam memancing udang galah berkonsep santai. 

Location dia Kampung Kerawang, Pulai Chondong, Machang Kelantan.. Mmmm kalau nak ikut kan dari machang 30 minit, kalau x jemlah. Kalau dari Kota Bharu lalu, ketereh jumpa kok lanas (kem askar desa pahlawan), selepas itu baru jumpa pekan pulai chondong.. Dari  pulai chondong lebih kurang 15 minit sampai ke kolam memancing kami, signboard pun ada kira senang jer cari.. tapi kalau x jumpa jugak sila lah hubungi kami.

Mamat - 0199436815
Che Husin - 0139763393
Saiful - 0196961931
Amirul - 01117905279
Bedul - 011129344699


Waktu Beroperasi :-

Ahad - Khamis (2.00 petang hingga 12.00 malam)
Jumaat, Sabtu & Cuti am (10.00 pagi hingga 12.00 malam)

Perhidmatan yang kami sediakan :-

1. Sewa joran - RM3.00 
2. Umpun-umpun - RM10.00
3. Makanan dan Minuman ada dijual di kolam kami.


Kadar Bayaran Dikenakan :-

Minimum - 2 Jam -RM30.00
4 Jam -RM50.00

Pakej untuk 10 Orang berkumpulan (1 orang dikenakan RM60.00)
Waktu memancing dari 12.00 tengah malam - 7.00 pagi. 


Sebagai menyemarakan lagi aktiviti di kolam ini, kami turut menyediakan pakej pertandingan memancing untuk syarikat-syarikat, jabatan kerajaan, individu, sekolah, persatuan dan sebagainya dengan kadar caj berpatutan.

Sekurang-kurangnya bilangan pemancing dalam satu masa harus seramai 50 orang dengan dikenakan bayaran RM60.00 untuk setiap seorang. Ia hendaklah dijalankan pada waktu pagi bermula 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Bagi yang berminat untuk menganjurkan pertandingan, bolehlah membuat tempahan atau call kami seminggu lebih awal dari tarikh pertandingan.

SILA LAH  BERKUNJUNG KE KOLAM MEMANCING UDANG GALAH KAMPUNG KERAWANG, KAMI MENJANJIKAN KEPUASAN KEPADA KAKI MANCING UDANG














Tiada ulasan:

Catat Ulasan